|
Lawatan ke tapak projek makmal komputer |
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 09 July 2010 01:59 |
|
7 Julai - Pada hari ini beberapa orang pegawai dari BTP antaranya En Rizal dan En Jamalauddin dari PKG Kluang membuat lawatan ke tapak projek makmal komputer SMSJ. Bangunan dua tingkat ini sepatutnya siap pada bulan Ogos 2010 tetapi mungkin akan berlaku kelewatan kerana sehingga kini baru 40% siap didirikan. Dengan bilangan pekerja hanya tidak sampai 10 orang menyukarkan lagi keadaan. Selain dari lawatan ke tapak projek, yang turut dibincangkan ialah berkenaan Smart School Qualification Standards (SSQS) iaitu penarafan lima bintang sekolah bestari dan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah(SPS) iaitu sistem yang perlu digunapakai oleh sekolah bestari. Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2009 menggantikan dua sistem sebelum ini. Antara modul yang terdapat pada SPS ialah Sistem Maklumat Staf/Murid, Kehadiran Staf/Murid, Asrama, Kaunseling, Nilam, Buku Teks, Disiplin dan Jadual Waktu. Dan kebanyakan daripada modul tersebut telah mempunyai sistemnya sendiri seperti SSDM (disiplin), Sisteks(buku teks), EMIS, HEM dan ISIS (Akademik,koko). Oleh kerana berlaku pertindihan data maka guru akan lebih mengutamakan sistem yang paling relevan dan membantu. Wujudnya sesuatu sistem itu sepatutnya membantu memudahkan kerja guru dan bukan membebankan kerja guru apatah lagi jika sistem yang dibekalkan tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.
|
|
Last Updated ( Friday, 09 July 2010 02:38 )
|